Sunday, May 16, 2010

Bila Hobi-Hobi Ku Di 'Hijack'

Mula-mula buku Ayat-ayat Cinta,
Bila membaca, aku terus terpikat,
Unik dan khusyuk jalan ceritanya,
Bila pegang, liat diletak,
Aku syorkan kepada suami ku,
Buku yang bagus perlu dikongsi,
Dengan orang yang dicintai,
Disangka buku cinta biasa,
Dia hanya pandang sebelah mata,
Berminggu jugak aku memujuk,
Namun dia tetap sangka ia pojok,
Satu hari, dia akur,
Dia baca, terus tersangkut,
Buku di usung ke mana-mana,
Lebih teruk dari aku,
Malah bait-bait cerita,
Yang sentuh hatinya,
Dijadikan bahan berdakwah,
Aya-ayat Cinta bagai kitab cinta baginya,
Aku dah lama lupa jalan cerita,
Namun tetap segar baginya.

Terbaru, aku cadang kita berbasikal,
Untuk riadhah dan kesihatan,
Lagi sekali, dia tidak tunjuk minat,
Buat 'dek', seolah tiada kesan,
Bila aku join FB GSM,
Hatinya mula berdehem,
Segala bentuk basikal dia siasati,
Kena pasti sebelum membeli,
Habis semua assessori dia amati,
Glove, lampu, seluar padded, topi,
Kini berbasikal tiada berhenti,
Mengalahkan aku yang hanya seminggu sekali,
On-road, off-road, semua dia sapu,
Dengan kadar dia mampu.

Itulah cerita bila hobi-hobi ku di'hijack',
Benar tetapi tetap pelik.
There was an error in this gadget

Bukit Tinggi 2008

Great Wall 2009

Followers

 

ReMiNiScEnCe....as the garden of memory grows arid... | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates