Monday, September 26, 2011

And then there was two!

The cats of my house have now entered a new phase. Prior to this, at any time, my house would harbor at least 5 to 6 of these feline creatures, if not more. Most recent, to be more exact, right before we balik kampong for raya, there was Mocot, (Mayo's ( the early martriach) second generation descendant), MB, Gum and 3 frightful kittens. Thanks to Mocot's overprotective behaviour i.e. hiding her newly borns in secret hideaway till they get so mortified when faced with strangers, these scadycats would scurry off like mad when they hear our footsteps.

So before raya, there were 6 of them. When we came back after our raya break, only Mocot and Kitam ( one of Mocot's male offspring who left home as he can't cope with the pressure from the intimidating male cats next door) greeted us.

Initially we were baffled as to why there were no show from the rest of the clan and thought they probably migrated for better pastures which was very unlikely. And we would hear frequent cat fights but shrugged it off as something normal.

One day, as Mocot and Kitam were munching on their biscuits, we saw one of the kittens came approaching, most probably for the biscuits and it looked rather thin. My guess is that it hasn't had proper meals for days. The minute it saw the two big cats, it slowed it's pace and appeared rather apprehensive. The next thing, we saw Kitam with all his might chased it away. Not just that, he even put up a fight with it making such a clamour.

Now we know why the other cats have not been around lately and if we ever did see them, it would be outside the house compound, in the neighbor's or sheltering under parked cars outside.

So Kitam has made a permanent come back and decide that he is going to rule the place alone with Mocot. Funny though, Mocot seems to condone this unscrupulous act of his. After all, these are her offsprings that he is chasing off. His close relatives too, for that matter! Worse still he is making Mocot, his new mate! For goodness sake, she is his mother!

One morning, as Sofi was about to hang clothes, the once unfriendly kittens came making relentless mewing sound, asking for food. At the same time, they appeared absolutely terrified and ready to jump out of their skin. They gobbled up the biscuits ferociously and would constantly look behind them, as if Kitam was about to pounce on them any moment. It was a truly pityful sight, watching their jittery souls braving the situation, torn between hunger and total fright!

However, their pleasure was cut short as they saw Kitam and Mocot came marching in. Sofi described the scenario succinctly: Kitam and Mocot came walking stoutly, shoulders up high with sharp leering eyes ala Mafia gangsters roaming the streets. The minute the kittens saw them, they ran for their lives, leaving behind their unfinished meal!

In the afternoon, both Kitam and Mocot would lay sprawled on the porch, as if guarding their territory, looking out for any lurking kittens.
So, statistically, we are now left with only 2 cats, as long as Kitam continues with his determined territorial behavior and Mocot does not get pregnant again for the umpteenth time!

Sunday, September 18, 2011

IN THE MEMORY OF PROF DR KHALIJAH SALLEH



BALASUNGKAWA - Profesor Dr Khalijah Salleh, Serikandi Muslimah Mithali Kontemporari

Pada jam 10 pagi Sabtu 17 September 2011 bersamaan 19 Syawal 1432, gugurlah serikandi yang amat dikasihi,
Profesor Dr Khalijah Salleh, bekas pensyarah Jabatan Fizik, UKM dan paling utama mantan Ketua Helwa ABIM, kalau
tidak silap Ketua Helwa yang pertama, yang juga di antara pengasas ABIMHELWA.

Pemergian Allahyarhamah K Jah (nama gelaran beliau di kalangan Helwa ABIM) memang diratapi oleh seluruh warga ABIM, baik wanita mahupun lelaki. Sepanjang hari-hari terakhir beliau yang dirawat di HUKM, pelawat tidak putus-putus mengunjungi beliau. Ketabahan beliau menghadapi saat terakhir itu sukar dilupakan. K Jah seperti biasa amat bersemangat dan mentally alert. Dia kenal dan tahu siapa pelawatnya dan dalam keadaan yang sakit, masih ingin berbicara dengan senyuman manisnya yang menjadi trademarknya. Melihat beliau ketika itu sukar untuk percaya beliau sedang menanti saat-saat terakhir.

Saya mengenali K Jah kali pertama di Kolej Tunku Kurshiah Seremban. Beliau datang ke Kolej untuk memberi ceramah motivasi atas undangan Murid Tua (inilah istilah lama untuk alumni). Beliau diperkenalkan sebagai wanita Melayu pertama meraih ijazah sarjana muda bidang fizik. Memang K Jah seorang yang boleh menaikkan semangat pendengarnya. Sejak itu jiwa saya turut berkobar-kobar mahu meneladaninya. Menjadi perintis Melayu dalam apa jua bidang yang mungkin semata-mata ingin membuktikan orang Melayu juga mampu. Dan akhirnya saya ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang matematik yang ketika itu memang kurang diceburi oleh anak Melayu malahan dicemuh bahawa bangsa Melayu lemah matematik dan sains. Begitulah kesan K Jah pada diri saya ketika itu yang masih di bangku sekolah menengah.

Saya pernah bertemu K Jah di University of California Davis ketika beliau meneruskan pengajiannya di peringkat tertinggi.
Dan ditakdirkan Allah, kami bertemu lagi dalam jemaah yang kita kasihi iaitu ABIM - saya masih bertatih mengikut jejak langkahnya. Alhamdulillah, kami terus bersama dan jurang adik dan kakak semakin tipis - sama-sama selaku ahli profesional Muslim yang ingin memajukan umat Islam menerusi da'wah dan juga bidang keilmuan.

K Jah seorang pejuang profesional yang amat passionate dalam apa sahaja yang beliau lakukan. Beliau amat passionate dengan ABIM, ilmu dan pendidikan. Beliau tidak akan menolak sebarang undangan Helwa mahu pun Biro Pendidikan ABIM dalam aspek pengongsian ilmu khususnya cinta pertamanya - sains Islam. Di akhir fasa perjuangannya, Allahyarhamah amat prihatin tentang keperluan memasyarakatkan sains di kalangan orang Melayu dan pentingnya hubungan sains dan aqidah. Sains sebagai ayat-ayat Allah swt. Walaupun sudah didiagnos dengan kanser, selagi beliau boleh berdiri, bercakap dan kuat, beliau masih meneruskan perjuangannya - hatta ke Indonesia - berbicara tentang sains Islam sebagai memenuhi undangan IIIT Indonesia. Beliau masih menghadiri majlis Helwa di awal tahun 2011 walaupun kekuatannya sudah mula merosot.

Usaha K Jah bukan sahaja untuk ABIM malahan semua organisasi Islam seperti Yadim dan IKIM. Kegigihannya dalam bidang sains terbukti bila K Jah dilantik sebagai felo oleh Akademi Sains Malaysia. Beliau tidak lupa mengundang saya pada hari bersejarah perlantikannya itu yang beliau gunakan untuk membentangkan mesej cinta pertamanya.

K Jah memang seorang serikandi dan wanita mithali. Selain daripada kerjayanya, da'wah dan aktiviti sosialnya, K Jah juga merupakan isteri dan ibu yang berjaya. Pada malam jumaat yang lepas iaitu jam 3.19 pagi, kita dikejutkan oleh sms daripada K Jah. Pesannya ringkas sekali:

Tk dear all. Help baca Yassin now. I may be leaving now. Salam maaf zahir n batin.

Benar-benar sms - ringkas dan padat. K Jah seolah-olah sudah tahu bila beliau akan pergi. Ini mengingatkan kita cara Imam al-Ghazzali sudah maklum beliau akan meninggalkan dunia yang fana ini dan memakai kain kafannya.

Masha'Allah. Kata-kata K Jah memang benar - beliau berangkat meninggalkan kita terutama ahli keluarganya yang dikasihi pada hari Sabtu. Sejak menziarahi K Jah di HUKM saya bacakan surah Yassin beberapa kali diiringi doa: Ya Allah, jika takdirnya sembuh, sembuhkkanlah K Jah dan jika takdirnya pergi menghadapiMu, mudahkanlah pemergiannya.
Allah lebih menyayanginya dan mengetahui rahsia-rahsia kita. Kini saya cuma dapat menenangkan diri dan perasaan bahawa K Jah pergi dalam keadaan husnul khatimah dan kejayaan muflihun.

Innalillahi wa inna ilayhi rajiun. Semuga Allah mengampunkan Allahyarhamah K Jah dan menghimpunkan ruhnya bersama golongan abrar.

K Jah sudah pergi namun kita mestilah teruskan usahanya dalam bidang keilmuan dan pendidikan untuk memantapkan sains Islam dan aqidah umat. Inilah sekurang-kurangnya kita dapat lakukan sebagai mengenang jasanya yang tidak ternilai.

wabillahi tawfiq walhidayat. Allahu 'alam.

Nukilan
Rosnani Hashim
Mantan Ketua Helwa ABIM
Profesor, Institut Pendidikan UIAM.
10.30 malam.
There was an error in this gadget

Bukit Tinggi 2008

Great Wall 2009

Followers

 

ReMiNiScEnCe....as the garden of memory grows arid... | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates