BILA AKU.....
Bila aku tegur engkau,
Bukan bermakna aku maksum,
Tidak pula lebih bagus,
Semata-mata aku sayang,
Mahu lihat engkau berjaya,
Dunia dan akhirat sana.
Bila aku nasihat engkau,
Aku kata aku ikhlas,
Tidak sekali aku insinuasi,
Yang engkau pula tidak ikhlas,
Maksud ku hanya satu,
Tiada niat jahat terhadap mu.
Bila aku tegur engkau,
Patutkah engkau balikkan teguran kepadaku?
Tak bolehkah engkau terima dengan lapang?
Aku dah kata aku pun kurang,
Tak payahlah pulang paku serpih,
Tak akan ke mana kalau teguran di sisih.
Bila aku tegur engkau,
Bawa bertenang dan ambillah kira,
Bahawa teguran ku ikhlas semata,
Tiada niat menjatuhkan marwah,
Tiada niat menyakiti,
Hanya luahan dari hati ke hati.
Ada faham?
Nukilan: Cekadak Dalam Semak , Ramadhan 1430
A mother is just a human
9 years ago
2 comments:
From PPIM group.
Mr Ariff Khor Abdullah
Posted by: "Bin Hassan" suhaimi@doctors.org.uk
Sun Dec 27, 2009 1:19 am (PST)
Sallam all
Sadly Mr Ariff Khor Adullah, plastic surgeon Tawakkal
Hospital 2008-2009, HKB 2000-2008, UKM batch 1981/1982
passed away following a cardiac arrest at 1625 today.
He was diagnosed with hepatoma just 4 weeks ago.
Our prayers and thoughts are with him
suhaimi UKM 1981/82
Aku sangat suka puisi ini, hari tu tak dan nak baca, hari ni baru baca, i like it.
Post a Comment