Terimakasih Pang5 kerana telah meng-Tag saya dalam permainan lima perkara yang tidak bermakna ini. Saya tidak faham mengapa harus wujud permainan tagging ini. Saya rasa ianya tidak membantu langsung untuk mengenali seseorang blogger itu dengan lebih mendalam pon. Mujurlah si Pang6 ni ada 5 orang kroni yang tidak bernasib baik terpaksa melayan kerenahnya. Namun saya akan ubah sedikit permainan ini dengan membuat analisis 'meta' terhadap tagging yang dibuat Pang5 untuk membuktikan bahawa permainan ini tidak membawa sebarang erti.
5 menda dalam beg galas aku...
1. Notebook kerja <- menunjukkan bahawa si Pang5 ini sama seperti berjuta 'yuppie' eletronik yang lain.
2. CD lagu raya <- bahawa dia ni mat jiwang karat yang emo habis
3. Documents kerja yang aku bawak balik rumah kononnya nak review <- bahawa dia sama seperti makhluk lain yang berkobar-kobar nak buat homework tapi gerenti tak buat
4. Check untuk bayar vendor <- bahawa dia ni orang kuat syarikat
5. Charger spare untuk handphone <- bahawa dia ni tidak boleh hidup tanpa handphone
5 menda dalam dompet aku...
1. Duit la kan... <- bahawa dia ni tahu dompet tu memang untuk simpan duit
2. Kad membership MARES <- bahawa dia ni adalah ahli Majlis Amanah Rakyat Eksklusif Sahaja
3. IC, lesen memandu kelas B2, D dan GDL <- bahawa dia ni bukan sahaja boleh pandu kereta manual, bahkan kereta otomatik, jentolak, chikadak dan yg sewaktu dengannya
4. Kad ATM dan kad kredit <- bahawa dia ni ada bank account
5. Duit kertas RM2 untuk improve reception handphone <- bahwa dai ni adik-beradik McGyver
5 menda feveret dalam bilik tido...
1. Katil dan selimut <- bahwa dia ni tidak tidur atas lantai/ toto
2. Radio clock, kasik tidur/gerak aku. <- bahawa dia ni tidak berkemampuan bangun sendiri
3. Charger handphone dan wayarless aku <- bahawa dia ni ada ekstra charger
4. Bokken <- what the heck is Bokken??
5. Camera dan adik-beradiknya <- bahawa dia ni pandai membiak camera
5 menda aku wish nak buat...
1. Jadi kaya raya... <- bahawa dia ni manusia normal
2. Pass exam CW <- dia dah ambil exam CW tapi asyik fail
3. Ambik lesen scuba diving <- dia belum ambil lesen ni sebab belum pass exam berenang
4. Belayar dalam kapal selam <- dia nak belayar dalam kapal selam sebab dia takut naik kapal biasa
5. Memancing kat semua tasik-tasik besar kat Malaysia <- menunjukkan dia dah memancing di semua sungai di Malaysia
5 menda aku buat skarang...
1. Tulis mende tagging bodo nih <- menunjukkan bahwa dia tahu menda ni bodoh tapi terpaksa buat juga kerana nak mengambil hati orang yang tag dia
2. Suruh harmonics buat homework<- siapa harmonics ni?
3. Belek mende nak beli kat internet <- dia ni kaki bershopping di internet
4. Belek fotopages family dan kenkawan <- dia banyak masa terluang
5. Tag kat tagbod aku. <- dia pencinta tagboard
5 orang kroni yang patut kena tag sekali...<---mujurlah dia ada 5 kroni untuk melayan dia
1. Doctor In The House
2. Ifos
3. Ikelah
4. Boogey
5. Red
A mother is just a human
9 years ago
4 comments:
kawe dah buat jugak analisis P5.
apa mende la aok orang ni... sungguh tak inovatif. reti komen hok orang aje... cuba la muhasabah diri sikit.. pastu tepek la kat smart tag.
hahahaha.....
sadisss. awak baru lepas minum air daun ketum ke?
Boogey- tapi analisis awak bukan tahap meta dah. Tu dah tahap boleh simbah asid! hehe
Pang5- inilah baru dinamakan inovatif asli! Taklah bosan orang baca 5 menda dalam bag, 5 menda dalam bilik, 5 menda dalam perut,5 menda dalam mulut, hahah
Red- daun ketum, kawe tak main la,,hehe
Post a Comment