Sunday, May 28, 2006

A GENETIC LAB? NOT!

Saya sudah lama tidak menonton TV. Kalau menonton pon, rancangan yang saya betul-betul minat dan akan terkilan kalau ter'miss' seperti American/Malaysian Idol, Desperate HW. Tidak seperti 2-3 tahun lepas di mana rancangan telenovela Mexico atau Filipina berleluasa dan rancak ditayangkan. Semasa itu saya cuba mengikuti setiap episod. Itupun tidak semua. Hanya yang saya dapati jalan cerita nya masuk dek akal sahaja yang saya ikuti. Tetapi kebanyakannya saya terpaksa 'tinggalkan' separuh jalan kerana terlampau berbelit-belit plotnya mengalahkan cerita Tamil! Sungguh membosankan! Setiap kali hero dah berbaik dengan heroin, ada saja aral mendatang lalu memaksa mereka berpisah kali yang entah keberapa. Apa punya direktor! Kalau ya pon nak jual cerita, lojik lah sedikit.

Jadi, tadi, entah angin apa yang datang, cara tidak sengaja saya 'tertonton' satu drama di TV1. Ahhh, ini satu lagi fakta yang pelik. Entah kenapa, saya cukup tidak gemar menonton rancangan baik di TV1 maupun 2. Saya dapati, kualiti gambarnya kusam dan amat kurang daya tarikannya. Hinggakan rancangan 'live' nya pon kelihatan seperti rancangan 10-20 tahun yang lalu! hehe, jangan marah yek!

Tajuk drama tengahari tadi ialah 'Genetik' yang menceritakan pasal anak yang terpisah dari ibubapa sebenar tetapi kemudian berjaya bertemu semula namun timbul implikasi emosi antara anak , ibubapa asal dan angkat. Pada awalnya, mereka terpaksa membuat ujian 'paternity' untuk menentukan kesahihan genetik ibubapa sebenar dengan anak itu. Jalan cerita dan 'directing', boleh saya beri 8/10. Lakonan pon boleh tahan jugak, walaupun saya rasa watak Eman Manan sebagai bapa kelihatan agak janggal kerana Eman sudah termaktub dalam otak saya sebagai pelakon cerita silat dan purba.

Tapi terdapat satu adegan yang teramat menggelihatikan saya iaitu ketika mereka menunjuk kerja-kerja kajian 'paternity study' dilakukan di makmal. 'Scene' itu ditunjuk sambil muzik latar dimainkan: darah dalam tabung uji dicampur berbagai reagent dan kemudian disedut masuk ke dalam mesin. Sungguh canggih nampak semua prosedur yang dilakukan. Hebat betul makmal DNA kita yek? Akhir sekali sampailah masa untuk diketahui keputusan kajian DNA itu. Sekeping kertas ditunjuk melalui sebuah mesin. Kertas keputusan! Mata penonton pon semua terpaku kepada kertas yang bergerak perlahan itu. Dan keputusannya? Percaya tak? Apa yang tertulis dikertas itu? "Total Billirubin"!!!! Masyallah! Kalau ya pon logik la sikit!

Pengajaran di sini: kepada semua pengarah drama maupun filem, tolonglah buat homework yang terperinci dalm pembikinan sesebuah drama/filem. Janganlah pakai cincai dan hentam keromo. Jangan ingat semua penonton jahil tentnag sesuatu sehingga kami rasa diperbodohkan!

Itulah dia cerita tentang ada orang ni yang sudah lama tidak menonton TV dan apabila hatinya tergerak nak menonton, dia ditipu pula oleh direktor yang kurang mengambil berat tentang keterperincian fakta dalam cerita! Apa nak buat. Begitulah adanya.....

39 comments:

Ikelah said...

hahaha... dia menggunakan mesinbiochemistry test yang sama jenis untuk menguji serum bilirubin anak p5 yang jaundice. menakjubkan!

Anonymous said...

eh tidak tahu pula saya yang mesin tersebut boleh digunakan untuk menguji DNA, mungkin mesin yang paling canggih semua-dalam-satu kot..?

tidak pun, ujian tidak langsung (indirect test) yang boleh menentukan dna melalui bilirubin, cukup canggih!

bahasa orang putih, orang yang terlalu meneliti sesuatu dipanggil "anal".

dith said...

Ikelah- hehe...kelakar betul rasanya. Rasanya ia adalah satu 'insult' kepada orang di makmal DNA yek?

Mynn- Mungkin ya? Hehe..sekarang ni kan orang semua nak promote barang seribu dalam satu. Ubat yang boleh sembuhkan semua penyakit dsbnya.

KALAU ya pon ujian DNA itu boleh di derive secara tidak langsung dari total billirubin , untuk memudahkan jalan cerita tunjuk jer la keputusan DNA dan bukan billirubin nya, hehe...

Anal? hmm....awak ni nak perli lagi saya pasal cerita muntah cirit saya tu yek? Tak per, lain kali Mynn, lain kali!

Mama Sarah said...

Para doktor sekelian di atas.

Pada pendapat saya, direktor drama tersebut tidak menyangka ada para doktor yang akan menonton rancangan tersebut. Apatah lagi direktor tersebut hanya dapat kontrak tayangan dengan TV1/2 yang kusam pancarannya.

Sewajarnya, para doktor hanya menonton rancangan seperti ER dan Chicago Hope (dan yang sewaktu dengannya) Itupun rancangan sebegitu kadangkala ada unsur2 penyelewengan.

Mengapa tiba-tiba saya rasa seperti sedang membaca blog Luqman?

Anonymous said...

Salaam..

To tell you the truth, I have the same feelings for the shows on TV1 and TV2.. the research is never done! And sometimes the script is too perfect to be an everyday casual conversation (watch Gerak Khas, and you'll get what I mean). A friend of mine whose brothers are haemophilic watched a Malay movie which touched about the issue but they got a lot of the facts wrong. My friend said she felt like turning off the TV (which she did) :) I think the shows make better comedy shows than drama ones :)

Anonymous said...

dr ikelah dgn sports picnya & you dr roza dgn entry bahasa...esok entah apa kejutan lagi..hehe

p/s simpati pd mangsa gempa di jogja.apa yg kita baca di akhbar (sudah diedit) tidak setrajis dgn berita & gambar2 1st hand dihantar 2 wakil hmetro yg bergegas ke sana, kelmarin. hanya jika dr roza & dr ikelah dapat access semua itu disini...

Mama Pongkey said...

Total bilirubin boleh tentukan paternity?
:D (larat sengih aje)

mynn said...

kalau laporan x-ray atau CT tiba2 ada bilirubin, lagi haru!

Anonymous said...

Di sebabkan anda terlalu menjurus kepada jalan cerita yang masuk dek akal sahaja, maka anda gagal tertawa apabila pengarah membuat lawak dengan ujian DNA itu. Malah anda cuma mampu mendengus dan menggelupur manakala kenakelayan hanya mampu tersengih payau. Berlainan sekali dengan Ikelah yang boleh ketawa terbahak bahak tanpa suara kerana beliau sudah biasa menonton, membaca dan mendengar cerita yang tidak masuk akal seperti Condor Hero, Hero Penembak Helang, Pedang Setiawan dan ucapan majlis majlis rasmi yang sering dihadirinya.
Kemunginan sikap yang lebih terbuka untuk menerima kesemua ini amat perlu untuk mengekalkan tahap kewarasan fikiran kita.

Anonymous said...

Itu namanya mentality asalkan boleh.

Queen Of The House said...

He he he!!! Agaknya director tu pun tak faham the process. Agaknya depa tu ingat bila keputusan tu diprint di kertas tu, it will be something like "And the father is XXX". Kah kah kah.

As for me, I try to avoid reading the subtitles - rimas betul sebab selalu salah je!

Panglima said...

apakah gerangan menjadi penyebab dith menulis di dalam bahasa melayu. akal fikiran saya tercabar untuk menelan segala intipati blog dith.

sekadar berkongsi pengalaman, tidak lama dahulu saya ada menonton filem hollywood (mungkin gred b) tentang virus ebola. penyelidik di sebuah pusat rahsia berjaya menjumpai penawar untuk virus ebola tersebut, apabila seekor tikus yang disuntik dengan penawar itu terus hidup.

di pertengahan cerita, pengganas telah menyerang dan merampas penawar untuk tujuan jahat mereka. untuk memeras ugut penyelidik hero, mereka telah menyuntik teman wanita hero dengan virus ebola. malangnya tabung uji yang mengandungi penawar pecah sewaktu pergelutan!

setelah menang bergelut, hero terpaksa membuat penawar baru! bagaimanakan caranya memandangkan masa semakin suntuk untuk heroin??? hero mengambil tikus putih yang telah mempunyai antibodi ebola itu (yang tidak mati selepas disuntik penawar ebola) dan mengambil mengambil darah tikus tersebut dengan picagari.

darah tikus putih itu dengan serta-merta disuntik ke dalam tubuh heroin!!! sekonyong-konyong, heroin pun kembali sihat serta-merta, dan terus bergomol dengan hero.

sekian adanya. cerita ini ditonton bersama-sama dengan ikmal. ungkap beliau, kalau beginilah caranya untuk mendapatkan penawar dan antibodi, sia-sia sahaja mynn tinggal belajar di negeri orang putih.

hahaha...

Anonymous said...

Anjang terpanggil untuk memberi sepatah dua kata kata hikmat setelah membaca coretan DITH di dalam bahasa melayu. Gerangan siapakah yang memanggil? Andak awok dah buang tebiat ke Andak? Bawok mengucak sikit.

dith said...

Mama Sarah- Oh, jadi disebabkan pengarah drama tu tahu yang gambar cerita akan kelihatan kusam dan malam serta tidak terang, maka kesilapan seperti itu dimaafkan yek? :p . Mangapa anda rasa seperti berada di blog Luqman? Sebabnya saya telah mengupah Luqman menulis entry ini, hehe.

Ayumi- w'salam- Yes I find Gerak Khas' dialogue rather stiff and unnatural. I use to treat Hemophiliacs when I was in Blood Bank KL and they are very informed regarding their illness and treatmet , thus , it's natural for them to feel disgusted if they see wrong info being disseminated regarding it.

Azahar- Ya, saya memang terfikir tentang mereka di Jogja dan apa bantuan yg boleh dihulur. Insyallah kalau keadaan mengizinkan, ikelah akan ikuti misi Global Peace.

KKL- kenapa larat sengih je? Letih belajar ke? :p

Mynn- Kalau laporan x ray dan CT scan ada billirubin, alamat tutup hospital la!

Mat Skema- Amboi hari ni jadi 'schemer' pulak yek? Mat, awak hanya pandai nilai 'keterbukaan' orang tentang cerita2 yang tak masuk dek akal tu. Cuba awak cerita sikit pendapat awak sendiri?

Easylady- Malaysia Boleh!

Onde- Apa khabar onde?

QOTH- 'Subtitles'! Itu satu cerita lagi! Boleh nangis dibuat nya!

Panglima- Bertuah sungguh saya rasa kerana Panglima sudi menulis komen yang panjang lebar bukan sekali bahkan dua kali berturut-turut! Saya sungguh tertarik dengan cerita tikus putih, virus ebola dan heroin yang 'sekonyong-konyong' (saya suka perkataan ini, tak kiralah apa maksud sebenarnya!)pulih semula selepas disuntik dengan darah tikus berkuman ebola itu! Tapi yang lebih menarik ialah anda telah menonton filem ini bersama Orang-Kilang (setentunya ia telah mencabar integriti pemikiran 2 orang 'techies'). Ya, kalau begitu, panggil saja KKL balik ASAP! Betul tak O-K? hehe

Anonymous said...

Anjang Aki- Ash hadu alla ila haillallah! Anjang weii!. Ngapa pulok awok meracau-racau mmanggil kawe nih?

Anonymous said...

dith, anda sememangnya patut merasa amat bertuah kerana dilimpah kurnia dengan komen panjang lebar daripada saya.

seperkara lagi yang sering mengeletek telinga saya ialah apabila menonton dsp polis di dalam gerak khas memberi panduan moral dan nasihat kepada anak-anak buah beliau, saling tak tumpah seperti guru sekolah rendah menasihati murid tahun 1.

tidak kurang menarik adalah drama-drama melayu di tv menonjolkan ahli-ahli korporat dengan perniagaan jutaan ringgit, malah ada ketikanya mencapai bilion ringgit, mengadakan pembentangan mesyuarat lembaga pengarah menggunakan kertas mahjong walaupun di zaman multimedia super corridor dan paparan lcd ini.

jadi, janganlah sesiapa marah jika saya kurang menonton filem melayu zaman sekarang. filem p ramlee tetap unggul. wayang melayu moden yang saya kagumi adalah "mat som" iaitu adaptasi dari hasil karya dato lat.

Mama Pongkey said...

Saya agak terkilan kerana O-K hendak menyimpan DVD cerita mutakhir masa kini yang amat ingin sekali saya menontonnya. Plot cerita yang sunggih dinamik dan penuh saintifik saya kira amat perlu bagi tontonan ringan saya di waktu santai. Sebelum pulang ke UK, saya hanya sempat menonton adegan klimaktiknya sahaja. :( Saya rasa cerita seperti ini perlu sebagai tazkirah akan pentingnya menuntut ilmu sains.



Cerita yang dimaksudkan ialah Ultraman The Movie.. Mungkinkah ini cerita yang ditonton bersama P5?

Anonymous said...

wok ome ni kalau cakak tak renti gurau. wek nok cakak sikek, kite ni kene beringat sokmo. takyohlah tengok talibesen tu. wok me gibace buku lagi pa'edoh. telebesen tu dia pedooh ke awok je. wek tak payoh ke unibersiti pung reti.

panglime , awok bile dapat anok tinne, baru reti nulleh. nampok macang orang sekoloh, panjang nulleh. hande name anok awok weh, puteri supi.
macang dalang buku 'da vinci code', amira=amir=ketua=puteri=princess, sofia=sufi=sophea. anok minat buku tu sampe beri name anok macang tu yrk. takpe lah wok, molek name tu. kesian juge p.ramlee tu jadi tunggui. kalau ungui ade orang letok name anok jantan ramli, yang tinne seloma. wek nok gelor enje amira sofia ni seloma je.

Anonymous said...

hebat penggunaan bahasa p5&kenakelayan. bukan calang2 org dlm blog dr roza.

Anonymous said...

Haha.. for people like me who won't have the slightest idea what this billirubin stuff means (unless we wiki-ed it instantly) I guess we'd just go along with the story happily.

But as with the many movies/tv dramas (not just the Malay ones) I've had the opportunity to watch, I'd usually reserve a large suspension of belief- just for entertainment or as a time-filler, and perhaps get some kind of message behind it. One perfect example would be The Day After Tomorrow. Cool special effects and everything, but too many plotholes and ridiculous situations.

dith said...

Pang5- Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana melimpah kurniakan komen hebat anda! Seperti yang telah saya katakan juga, dialog Gerak Khas memang amat memedihkan hati penonton yang dahagakan skrip dan bicara cerita yang lebih lojik, natural dan bersahaja. Oh pasal drama yang mengisahkan ahli koporat yang mempunyai aset berjuta-juta lemon itu, saya malas lah nak komen sebab drama yang ber 'genre' begini dan yang sewaktu dengannya, sudah lama saya kubrkan, :p
Tapi, komen awak yang paling menarik perhatian saya ialah frasa 'menggeletek telinga'. Dari sudut perubatan, ini mungkin satu 'penemuan' baru ...:p

KKL- wah Ultraman The Movie!....Ini semestinya satu-satu DVD yang sangat-sangat saya tidak HENDAK tontoni!!! hehe

Azahar- Mereka ni suku sakat Prof Nik Safiah!

Crimson- Agreed. What is most important is the message. That's why I watched the drama till the end because the good ending gave good happy feelings to the watcher! hehe

Izhal said...

hohohohoho... bagus ni... macam discovery channel dan NGE pun semenjak dua menjak ni banyak menipu, terutama bila explain tragedy 911...

Anonymous said...

In view of the unfortunate disaster in Jogja, why don`t Ikelah and DITH set up a fund raising campaigne. If we can`t help everyone there at least we can help rebuild Anang`s house which collapsed during the quake.
I heard someones going there soon.

Ikelah said...

pertama izinkan saya menyampaikan salam hormat penuh takzim kepada pembaca blog ini. Memandangkan ramai pembaca yang memberi komentar menggunakan pendekatan serta gaya penulisan 'Luqman', saya turut terpanggil untuk membuat coretan dalam bentuk yang sama.

Menyentuh perihal peranan media, baik media cetak ataupun elektronik, mereka mempunyai tanggung-jawab tehadap pemilik saham dan juga pada masyarakat. Media bukan saja alat berhibur, tetapi juga untuk berkomunikasi, menyampaikan maklumat, mendidik dan kini berinteraksi. Tanggung-jawab media dalam mendidik bukan setakat menerbitkan sisipan 'Skor' atau'Didik' tetapi dengan memberi maklumat yang betul dan tepat. Adalah menjadi tangung-jawab Kementerian Penerangan untuk mendapat semula hak kuasa membuat pemantauan yang sekarang ini dipegang oleh Kementerian lain. Mereka perlu memastikan agar penerusan pendidikan sepanjang hayat dapat dilaksanakan bukan saja secara formal tetapi secara tidak langsung seperti menonton televisyen. Justeru itu, Kementerian perlu memainkan peranannya dalam memastikan ilmu yang disebarkan adalah betul dan kualiti sesuatu rancangan itu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Merujuk kepada cadangan En Paul Moss, saya berpendapat siapakah yang lebih baik menggerakkan kutipan tabung ini jika tidak Encik Paul Moss sendiri. Saya, insya Allah akan ke Jogja pada 8 Jun ini melalui Global Peace Mission(GPM) dan akan memanjangkan bantuan saudara saudari melalui Encik Paul Moss. Terima kasih.

Mama Sarah said...

1. Bravo Luqman dan bahasa melayunya!

2. Terdengar-dengar ucapan ayah saya apabila membaca tulisan ikelah.

3. Saya sudi menghulurkan sedikit sebanyak wang pocket saya kalau dianjurkan kutipan utk mangsa gempabumi di yogjakarta.

dith said...

Nurul- Kalau total billirubin nya memang tinggi, agaknya beginilah dialog seterusnya. Doktor: Keputusan DNA menunjukkan budak ini bukan anak awak tetapi serum billirubin nya tinggi , maka dia perlu fototerapi. Dan umur budak itu sudah 7 tahun!!!

Izhal- Sebab tu bila menonton kena ambil fakta 'with a pinch of salt'! :p

Paul- Yes we nominate you as the 'bearer' of the fund

Ikelah- Satu ucapan yang bernas! Syabas!

Mama Sarah- Boleh saya tahu siapakah ayah awak?

Mama Sarah said...

Puan Doktor,

Ayah saya seorang yang berbicara menggunakan bahasa yang tersusun seperti pembaca berita.

Semasa saya, adik beradik dan sepupu2 masih kanak-kanak ribena, kami sering bercakap sesama sendiri tentang hal ini. Iaitu bahasa ayah saya yang sungguh skima sekali, walaupun dengan kami yang masih kanak2 riang lagi.

Kini, bahasa ayah agak kurang skima. Mungkin kerana sudah pencen, atau mungkin pengaruh daripada cucu-cucunya yang sentiasa melihat rancangan Barney.

Mama Pongkey said...

DITH

Suatu ketika dahulu saya pernah beranggapan seperti Puan Doktor jua, yakni sehingga sanggup memperlekehkan nilai-nilai murni yang tersurat dan tersirat di dalam filem-filem ringan. Akan tetapi setelah menerima pendedahan terhadap lawak jenaka British yang tajam serta halus seninya, saya memperoleh suatu kepuasan meneliti filem jenaka di dalam usaha mencari maksud yang tersembunyi, tidak kiralah maksud tersebut wujud, ataupun tidak. :) Hatta ketiadaan maksud tersirat di dalam drama Melayu dewasa ini merupakan suatu lawak sinis bagi saya. Ia menandakan pupusnya nilai halus budaya Melayu yang selama ini gemar berkias bermain kata-kata. Kita sudah menjadi orang gasang. :D

Ini semua suatu lawak yang amat besar buat saya. Dan suatu peringatan yang amat berguna. Akan tetapi jika suatu filem memeningkan kepala, saya lebih rela menonton filem Ultraman sahaja.

p/s: adegan Ultraman selama 2 minit (gugurnya wira bertopeng Ultraman di medan pertempuran) yang sempat saya tontoni di kedai DVD The Mines merupakan adegan yang telah berjaya membanjiri bukan sahaja gusi saya tetapi juga mata dan hidung saya.
Adakah filem Melayu kini mampu melakukukan demikian?

Mama Sarah

Pengaruh Barney mampu mengatasi banyak perkara (nak kata segala-gala hanya Allah yang boleh berbuat demikian :))

Crimsonskye

Cerita Barat yang paling pointless yang pernah saya tontoni ialah Cold Creek Manor dan Magnolia.

iKelah

Sudah banyakkah kutipan derma untuk mangsa gempa bumi Jogja? Selamat pergi dan selamat kembali.
Suatu soalan: adakan Pusat Zakat ada memperuntukkan wang untuk membantu saudara seIslam kita? Mungkinkah dibolehkan di bawah kategori penerima zakat Fi Sabilillah? Saya tidak pasti. Akan tetapi organisasi seperti Muslim Aid, Muslim Hands dan Islamic Relief sudah banyak menghantar surat (snail mail dan email) bagi mengutip derma.

Sayuti said...

tensi kalau doktor2 berdiskusi. apatah lagi saya tak pernah ambil subjek biologi.

saya rasa TV1 dan 2 ingin mengamalkan prinsip pecah dan perintah.

inforia. info dan ria. info = dokumentari2 yang dipenuhi jargon2 serta penerangan yang kurang jelas dan sangat membosankan. ria = rancangan syok sendiri yang konon2nya menghiburkan.

saya rasalah.

p/s: bagaimana nak menderma?

Anonymous said...

Hahahahaha..

I remember that movie! It was such a B Grade movie that it almost went to C!

P5 has highlighted the plot bits.. my god! It is really bad. The bad guy uses his own gf to infect as many people as possible.. kinda dumb.

any way... happy watching malay dramas... they are always good for a laugh, especially when they try to be serious.

Regards

ps - watched Ultraman twice already.. getting better with every viewing!

Anonymous said...

OK, that roti boy story.. must watch it la. dont know when's my next trip over. but thursday next week i'll be going for a day trip to kt. btw, your photography book is with me, so is your tie. hehehe..

Anonymous said...

You don't know doc. Maybe budak tu ade hyperbilirubinaemia due to Criggler-Najjar type II? And since these congenital hyperbilirubinaemia (berbelit lidah) are inherited, they can be used to detect which parents are the paternal ones?

See, the director did do some homework lah...

dith said...

KKL- orang gasang???

Sayuti- jangan tensi! Nak derma? Cadangkan caranya!

O-K- B Grade movie that it almost went to C <-----wonder what made you stop from giving it a C from the start? Thus these must be some good points in it eh? :p

Ailin- How are you there?

nydd- Sheikh (ikut Mama Sarah ni), takkan kut buat paternity study berbelit gitu sekali? :p.
pssst...main Diablo lagi ke?? Tip untuk kill the demon--->hack aje game tu and collect more potions and lives! hehe

Unknown said...

Biasalah tu. Itulah jadinya bila buat skrip tak buat cukup kajian.

Lain kali kalau nak tahu tenatng ilmu perubatan, jangan tengok drama, tengok MedikTV.. :)

Anonymous said...

Waaa medic TV!! hehehe.. Better watch Wad Kecemasan KL -

P5 - hehe.. bila agaknya boleh ambik balik tie.. entah.. I am sooo bz at the moment.. susah nak ada time!

Regards

Mama Sarah said...

amboi-amboi DITH, pandai speaking Diablo juga rupanya.

dith said...

Mama Sarah- masa zaman mude dulu (read 8yrs ago) adalah terikut-ikut bebudak ni main- senang je kita dah tahu nak 'copy' potions, apa lagi, asyik replicate je laa potions hak color merah! Sekarang dah tak sentuh dah menda gitu. Insaf. Insyallah!

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Florida state law divorce accounting continuing education Internet merchant account payment processing payme software American baccarat casinos

Anonymous said...

[url=http://www.kfarbair.com][img]http://www.kfarbair.com/_images/_photos/photo_big8.jpg[/img][/url]

בית מלון [url=http://www.kfarbair.com]כפר בעיר[/url] - שלווה, [url=http://www.kfarbair.com/about.html]חדרים[/url] מרווחים, אינטימיות, [url=http://kfarbair.com/services.html]שקט[/url] . אנחנו מספקים שירותי אירוח מיוחדים גם יש במקום שירות חדרים הכולל [url=http://www.kfarbair.com/eng/index.html]סעודות רומנטיות[/url] במחירים מיוחדים אשר מוגשות ישירות לחדרכם...

לפרטים אנא גשו לאתר האינטרנט שלנו - [url=http://kfarbair.com]כפר בעיר[/url] [url=http://www.kfarbair.com/contact.html][img]http://www.kfarbair.com/_images/apixel.gif[/img][/url]


Bukit Tinggi 2008

Great Wall 2009

Followers

 

ReMiNiScEnCe....as the garden of memory grows arid... | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates