Saturday, July 29, 2006


(Pengumuman ini diambil dari blog Kenakelayan)

Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah

Assalamu alaikum…

Tuan / Puan yang dirahmati,

Alhamdullillah, seminar ini akan di adakan pada tarikh
dan masa , sepertimana yang telah dijadualkan.
Beberapa tentatif berkaitan Seminar ini adalah
sepertimana ketetapan-ketetapan berikut :

Tajuk : Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah

Anjuran : Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dengan
kerjasama Yayasan Sofa dan Yayasan Pendidikan Cheras
Tarikh : 25 – 28 Ogos 2006


Tempat : Dewan Jubli Perak
Bandar Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Penyertaan : Terbuka kepada semua ( 800 orang yang
pertama , tempat adalah TERHAD, siapa dahulu dia dapat).

Terdiri daripada :

a. Ashab as Samahah semua Mufti-Mufti Negeri-Negeri di
Malaysia, termasuk Mufti-mufti di negara-negara Asia
Tenggara ( Mabins ).

b. Semua Pegawai Hal Ehwal Agama Islam , Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam / Majlis Agama Islam / Bahagian
Dakwah, negeri-negeri di Malaysia.

c. Semua Pegawai Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia / Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri, di
Malaysia.


d. Pensyarah-pensyarah, Mahasiswa/i dan para pelajar
di semua Universiti / Kolej , Institusi Pengajian
Tinggi / Awam dan Swasta di Malaysia.

e. Semua Pengetua Madrasah / Pondok , para Pendakwah
Bebas, individu dan kumpulan , NGO dan lain-lain.

Bayaran Penyertaan : PERCUMA*


Majlis Perasmian : YAB Perdana Menteri Malaysia **

Majlis Penutup : YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
**

Majlis Perlancaran Kitab oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia**
Karangan/Susunan - Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin
al Maliki.

Pembentang Kertas Kerja : 14 Pembentangan

KERTAS KERJA 1:
Prof. Dr. Ali Jumu’ah
Mufti Republik Arab Mesir.
Tajuk : Mazhab Asy’ari di antara Tafwidh dan Takwil.

KERTAS KERJA 2:
Prof. Dr. Ahmad Tayyib.
Rektor Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Halangan-halangan Ke arah kesatuan Ummah.

KERTAS KERJA 3:
Al Allamah Syeikh Muhammad Muhktar al Salami
Bekas Mufti Tunisia
Tajuk : Perbahasan tentang Hadith Jariah.

KERTAS KERJA 4
Dr. Sa’ad Jawish
Prof. Jabatan Hadith Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Perbahasan Tentang Hadith Perpecahan Ummah.

KERTAS KERJA 5:
Dr. Ahmad Badruddin Hasun
Mufti Syria.
Tajuk : Kefahaman Mengenai Tasawwuf

KERTAS KERJA 6:
Prof. Dr. Umar Abdullah Kamil
Ulama’ Arab Saudi.
Tajuk : Kebatilan Pembahagian Tauhid Kepada Tiga
Bahagian.

KERTA KERJA 7:
Al Allamah Syeikh Usamah al Sayyid Muhammad Mahmud
Sa’ad
Pensyarah Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Hukum-hakam Kubur.

KERTAS KERJA 8:
Dr. Muhammad Benkiran
Ulama’ Morocco
Tajuk : Ancaman Daripada Sembarangan Menghukum Kafir.

KERTAS KERJA 9:

Prof. Dr. Muhammad Abdul Fadhil
Naib Rektor Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Kepentingan bermazhab dan pendirian Islam
tentang Talfiq Mazhab.

KERTAS KERJA 10:

Al ‘Allamah al Muhaddith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Islam Dubai.
Tajuk : Pentashihan Hadith Tawassul dan Ziarah.

KERTAS KERJA 11:

Prof. Dr. Faruq Hamadah.
Prof. Jabatan Hadith Universiti Muhammad 5 Morocco
Tajuk : Pemahamam Tentang Hadith-Hadith Mutasyabihat.

KERTAS KERJA 12:

Al ‘Allamah Syeikh Sa’id Abdul Latif Faudah.
Ulama’ Besar Jordan.
Tajuk : Salafi dulu dan kini, dan implikasinya
terhadap perpecahan ummah.

KERTAS KERJA 13:

Al ‘Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Syarif
Ulama’ Arab Saudi.
Tajuk : Kaedah Usul: al Tarku La Yuntaju Hukman;
Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak
menatijahkan suatu
hukuman?

KERTAS KERJA 14:

Al ‘Allamah Sayyid Ahmad Muhammad ‘Alawi al Maliki al
Hasani.
Pensyarah Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah.
Tajuk : Pemahaman Sebenar Tentang Bid’ah.


Pembentangan adalah di dalam Bahasa Arab / Bahasa Inggeris.
Semua pembentangan boleh dirujukkan/dibaca
bersama dengan Buku Kertaskerja-kertaskerja ( yang akan dibekalkan ),
yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.***

Harapan :

Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah ini begitu besar ertinya kepada umat Islam
di negara ini dan kejayaanmenganjurkan seminar ini pasti menyaksikan satu
perubahan besar dalam pemahaman berkaitan aspek Aqidah ini. Apa yang
penting daripada seminar yang dirancangkan ini akan menjadi titik tolak kepada
umat Islam yang mempunyai jati diri dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan
kepakaran selain dapat membetulkan sebarang salah anggap bukan Islam terhadap agama
sucinya.


Inilah yang menjadi ciri penting dalam pendekatan Islam Hadhari dan seminar Ahli
Sunnah wal Jamaah peringkat antarabangsa ini adalah landasan tepat untuk menuju
masyarakat Islam Hadhari di negara ini dan dunia amnya.

Kita optimis bahawa segala idea, bantuan, gerak kerja dan usah murni daripada
semua pihak akan melahirkan umat Islam yang mempunyai `modal insan’ yang kuat
untuk menjadi umat Islam contoh yang gemilang.

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur
khasnya di atas perhatian YAB Dato’ Seri Haji Adnan bin Yaakob, beserta kakitangan
Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur
dan sekalian Ahli Jawatankuasa yang sama-sama memberikan kerjasama dan bantuan.


PERCUMA* Termasuk Beg Seminar, Buku Kertaskerja,
Tag Peserta, Alatulis, Sijil Penyertaan dll.
( Tertakluk kepada perubahan terakhir )

** Tertakluk kepada perubahan terakhir.

*** Tertakluk kepada pindaan terakhir.

Dari Meja Sekteriat :

Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah :
Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah
Peringkat Antarabangsa
25 - 28 Ogos 2006.
Untuk keterangan lanjut @ sebarang pertanyaan, sila
hubungi :

Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tel : 019 912 1413
[EMAIL PROTECTED]

Salahuddin bin Azarai
Tel : 012 686 7315
[EMAIL PROTECTED]

( JADUAL / PROGRAM DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA
SEBARANG PERUBAHAN / PINDAAN YANG AKAN DIBERITAHU
KEMUDIAN )

2 comments:

mynn said...

best eh tulis blog dith? boleh cut and paste je everything ;)

dith said...

Mynn....:p


Bukit Tinggi 2008

Great Wall 2009

Followers

 

ReMiNiScEnCe....as the garden of memory grows arid... | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates