Pernah tak anda mengalami keadaan ini : anda menulis sesuatu di blog samada suatu entri maupun komen, lantas disalah-ertikan oleh pembaca yang lain? Terus, dibalas dengan komen yang amat pedas sehingga pilu rasa nun di lubuk hati? Jika pernah, apa tindakan anda? Lawan balik komen yang menyakitkan itu atau delete komen 'gila' itu atau buat tidak faham saja seolah-olah komen itu tidak wujud di alam maya ini (read: anda balas komen-komen lain tapi sengaja 'skip' yang satu tu)?
Saya pernah mengalaminya sekali dan 'terserempak' beberapa kali di blog-blog lain iaini berlaku kepada pembaca lain. Beberapa ketika dahulu, saya telah menulis komen saya di blog kawan (saya sudah anggapnya sebagai kawan walaupun belum pernah bersua muka ). Entah macam mana komen saya yang saya rasa cukup senang difahami bahasanya itu telah disalah tafsirkan oleh seorang pembaca ini. Apa lagi dia terus melenting mengutuk saya. Komennya itu telah menuduh saya seperti katak bawah tempurung, tidak tahu dunia luar. Mujurlah ada kawan saya tuan empunya blog itu yang pandai menenangkan hati pembaca itu. Sejuk hatinya. Dan saya? Saya buat senyap sahaja tidak pon balas komennya itu.Cuba bayang kalau saya layan nafsu marah saya? Mahu meletup papan komen tu! hehehe
Sekali tu, saya terbaca di papan komen di sebuah blog yang sering saya singgah. 'A' memberi komen awal. 'B' memberi komen kedua sambil mengusik tuan empunya blog. Entah macam mana, 'A' ingat 'B' perli dirinya (saya pon tak faham macam mana 'A' boleh perasan sampai begitu sebab sekali baca saya dah tahu yg 'B' hanya mengusik tuan blog) lantas 'A' terus 'sembur' 'B' dengan soalan yang pedas. Ish ish. Kenalah si 'B' menerangkan keadaan sebenar. Baik hati 'B'. Kalau ikut saya, buat 'dek' saja.
Yang terbaru saya terbaca komen di blog kawan saya, seorang ni 'C' mengadu yang dia berasa kecil hati kerana seolah-olah komen nya tidak boleh diterima-pakai di blog 'D'. Ceritanya begini: 'D' buat entri yang 'C' tidak berapa faham bahasa dan maksudnya sehingga 'C' menegur 'D' sambil mempertikaikan perubahan pada stail bahasa dan makna yang mendalam sehingga 'C' tidak boleh ikutinya. 'D' pulak mungkin ada sedikit kurang senang di atas sikap 'C' lalu menulis satu entri khas tentang hal ini dan seolah-olah menuding jari kepada 'C'. Apalagi, merajuk lah si 'C' membawa diri ke blog kawan saya dengan nada sedih membuat satu 'ultimatum' iaitu: kalau dirinya dirasai tidak diperlukan lagi, beritahu sajalah maka dia akan berdiam diri tanpa meninggalkan apa-apa komen lagi.:) Yang terkini tadi saya singgah di blog 'D' dan dapat dia sudah delete entri yang dimaksudkan itu. Baguslah begitu. Alhamdulillah. Jadi bila 'C' masuk blog 'D' dan nampak yang entri itu sudah dihapuskan, maka sejuklah hatinya agaknya.Harap-harap begitulah.
Pada sesiapa yang terasa yang mereka mungkin 'A', 'B', 'C' atau 'D' yang saya maksudkan, harap maafkan saya ya! Tapi yang pasti 'C' dan 'D' tidak pernah ke blog saya ni, ngeh ngeh ngeh!
Itulah cerita A,B,C dan D dalam alam maya ini. Kelakar ada. Sedih pon ada. Pengajarannya? Kita tidak boleh melulu membuat kesimpulan setelah membaca sesuatu komen. Kalau tidak setuju, komenlah secara berkhemah. Jaga adab dan tatasusila. Walaupon bukan didepan muka, namun hati tetap terasa bila bahasa mengusik jiwa. Ceh wah!
A mother is just a human
9 years ago