Saturday, October 29, 2005

DRAMA ALAM MAYA!

Pernah tak anda mengalami keadaan ini : anda menulis sesuatu di blog samada suatu entri maupun komen, lantas disalah-ertikan oleh pembaca yang lain? Terus, dibalas dengan komen yang amat pedas sehingga pilu rasa nun di lubuk hati? Jika pernah, apa tindakan anda? Lawan balik komen yang menyakitkan itu atau delete komen 'gila' itu atau buat tidak faham saja seolah-olah komen itu tidak wujud di alam maya ini (read: anda balas komen-komen lain tapi sengaja 'skip' yang satu tu)?

Saya pernah mengalaminya sekali dan 'terserempak' beberapa kali di blog-blog lain iaini berlaku kepada pembaca lain. Beberapa ketika dahulu, saya telah menulis komen saya di blog kawan (saya sudah anggapnya sebagai kawan walaupun belum pernah bersua muka ). Entah macam mana komen saya yang saya rasa cukup senang difahami bahasanya itu telah disalah tafsirkan oleh seorang pembaca ini. Apa lagi dia terus melenting mengutuk saya. Komennya itu telah menuduh saya seperti katak bawah tempurung, tidak tahu dunia luar. Mujurlah ada kawan saya tuan empunya blog itu yang pandai menenangkan hati pembaca itu. Sejuk hatinya. Dan saya? Saya buat senyap sahaja tidak pon balas komennya itu.Cuba bayang kalau saya layan nafsu marah saya? Mahu meletup papan komen tu! hehehe

Sekali tu, saya terbaca di papan komen di sebuah blog yang sering saya singgah. 'A' memberi komen awal. 'B' memberi komen kedua sambil mengusik tuan empunya blog. Entah macam mana, 'A' ingat 'B' perli dirinya (saya pon tak faham macam mana 'A' boleh perasan sampai begitu sebab sekali baca saya dah tahu yg 'B' hanya mengusik tuan blog) lantas 'A' terus 'sembur' 'B' dengan soalan yang pedas. Ish ish. Kenalah si 'B' menerangkan keadaan sebenar. Baik hati 'B'. Kalau ikut saya, buat 'dek' saja.

Yang terbaru saya terbaca komen di blog kawan saya, seorang ni 'C' mengadu yang dia berasa kecil hati kerana seolah-olah komen nya tidak boleh diterima-pakai di blog 'D'. Ceritanya begini: 'D' buat entri yang 'C' tidak berapa faham bahasa dan maksudnya sehingga 'C' menegur 'D' sambil mempertikaikan perubahan pada stail bahasa dan makna yang mendalam sehingga 'C' tidak boleh ikutinya. 'D' pulak mungkin ada sedikit kurang senang di atas sikap 'C' lalu menulis satu entri khas tentang hal ini dan seolah-olah menuding jari kepada 'C'. Apalagi, merajuk lah si 'C' membawa diri ke blog kawan saya dengan nada sedih membuat satu 'ultimatum' iaitu: kalau dirinya dirasai tidak diperlukan lagi, beritahu sajalah maka dia akan berdiam diri tanpa meninggalkan apa-apa komen lagi.:) Yang terkini tadi saya singgah di blog 'D' dan dapat dia sudah delete entri yang dimaksudkan itu. Baguslah begitu. Alhamdulillah. Jadi bila 'C' masuk blog 'D' dan nampak yang entri itu sudah dihapuskan, maka sejuklah hatinya agaknya.Harap-harap begitulah.

Pada sesiapa yang terasa yang mereka mungkin 'A', 'B', 'C' atau 'D' yang saya maksudkan, harap maafkan saya ya! Tapi yang pasti 'C' dan 'D' tidak pernah ke blog saya ni, ngeh ngeh ngeh!

Itulah cerita A,B,C dan D dalam alam maya ini. Kelakar ada. Sedih pon ada. Pengajarannya? Kita tidak boleh melulu membuat kesimpulan setelah membaca sesuatu komen. Kalau tidak setuju, komenlah secara berkhemah. Jaga adab dan tatasusila. Walaupon bukan didepan muka, namun hati tetap terasa bila bahasa mengusik jiwa. Ceh wah!

25 comments:

Anonymous said...

Hehehe.
I think I know who the 'kawan' and 'pembaca' is, and also C and D. Not too sure about A and C. Kalau curiosity memuncak, maybe will dig dig. If not... hehehe.

Entahlah. Kalau tak puas hati cakap je lah baik-baik or kiaslah. kalau tak nak cakap buatlah dek aje. Lama-lama bila tengok balik agaknya rasa hairan 'kenapalah benda kecik ni pun aku nak marah'?

Anonymous said...

Memerlukan sedikit masa untuk memahami plot drama sebabak ini untuk mengetahui siapakah sebenarnya si-A,B,C dan D ni. Nanti silap-silap teka, ada yang berkecil hati pula.
Kenakelayan, I hope your "curiousity" will memuncak, so you can share with me fruits of your investigation.
For now, kena bersiap nak pergi kerja. ;(

Anonymous said...

Aik kerja apa di hari Ahad ni? Nak kata duduk kat Terengganu, bukan...

Anonymous said...

Tang tu, kena investigate juga lah kenakelayan. drroza tu pun dah laaama "curious" nya....hehehe

Anonymous said...

Komen di atas tu bukan anonymous. It's pycnogenol, the Pigeon Leader himself !!

dith said...

Tahu dah...siapa lagi...bukan A,B,C, atau D .....heheh

dith said...

Kenakelayan & Pycno- hehehe....ambo tak tahu nak komen gapo2...ambo dok sengeh soghe2

Suriya said...

Dr Roza
Kita nih kan, memang suka pada drama , the spice of life !Drama kat klinik tak cukup , kat TV tak cukup sekarang nonton drama kat internet keh keh keh..I tau kenapa kita cakap BM nih..takut ader orang tu yang tak tau BM jengok kat sini pulak ..malklumlah blog berlink link....D tu memang kena balancekan balik diri dia, maklumlah D baru tulis buku maka banyak la orang dok komen bukunya ada yang suka dan ada yang tak suka , ada yang kritik ada yang sanjung..maka D belum tahu nak balancekan...saya doakan D akan ok..tengah dok fikir nak tegur atau nak biarkan dia cari balance sendiri..rasanya biar saja kok..dugaan lah kiranya....

Anonymous said...

all the best zeq.

you can do it! :)

abdullahjones said...

dulu saya mencintai A, tapi kini hati saya kepada B.kini C merayu cinta saya. Pening kepala saya membaca entri ini.

Leyla Shuri said...

Selamat hari raya doc.
Saya terlampau bisi tak dpt updet blog lah doc.
Tapi yg heran saya hanya suri rumah, camne tu doc?

Saya selalu buat komen yg senang faham jadi tak payah nak pening2 fikir panjang2 lagi.

Anonymous said...

Saya setuju sekali dengan peringatan supaya kita semua menjaga adab dan tatasusila, terutama sekali semasa meninggalkan komen. Mungkin kita seringkala terbawa-bawa dan terikut-ikut dengan dialog yang kita tonton di TV atau di panggung wayang.
Usik mengusik pun tentu sekali ada batasan nya.
Sempena Syawal yang mendatang ini, saya mengambil kesempatan memohon maaf pada semua kiranya ada terkasar bahasa.

Anonymous said...

alamak.. so sorry! wrong comment box :P

Anonymous said...

Tok Ki heran pulok baca coretan coretan deme hari ni sebab semua cakap melayu pulok. Sempena dah nak raya lar gamoknya yer. Makin dekat nok raya kang, cakap arab la jadinya? Al tumpok tumpok taik unta di fadang fasir...

Anonymous said...

Apa tu? Ada A ada B ada C ada D? Macam kelas tadika pulak eeek? Tapi saya setuju benor lah dengan cakap DITH tuh. Kalau selalu tu pun kita cakap jaga bahasa dan tata susila, bila bercakap di tempat yang ada orang tua nih makin lah kita kena berhati hati sebab semakin usia meningkat ni hati pun makin rapuh. Tapi kalau cakap berhati hati sangat pun tak seronok juge. Jadi macam Anjang tu berucap di mesyuarat AJK masjid pulak. Jadi macam mana eeek?
Kita bermaaf maafan je lah. Ambil kecik je lah walau rasa macam besor je. Kekadang masa tu je rasa besor tapi lepas sehari dua, jadi lawak pun ada. Tapi kalau dah seminggu masih tak lawak, elok la pergi berdepan tanya tanya dia buat tu apa niat, jangan pendam pulok takut jadi dendam.
Sebenornya penat jugak pikir menda menda ni eeeek? Selamat Hari Raya semua.

Bergen said...

Dr Roza Selamat hari raya to you and your family. Have a good one, ma'am. Have fun but not too much.

Anonymous said...

Anjang rasa kalau nak komen tak payah la berkhemah-khemah. Sedekah je la ke Balakot lebih bagus. Deme tu lebih perlu khemah. Kita komen bawah pokok jambu dah lar Andaknya weh.

Anonymous said...

Anjang weii!. Laaa..awok ni buak malu orang Pasir Derian jer laa..berkhemah di sini maksudnya beradab. Berkhemah tak sama dgn berkemah weii! Awok ni sekolah ker tidak dolu? Ish menyege jek

Anonymous said...

Apa lar Andak ni. Deme ke dah tua kome ke? Kome sekoloh dulu tinggi jugok. Mula sekoloh melayu, pastu sekolah ingeris, bila Jepun datang langgar kita sekoloh jepun pulok. Ni Andak ni sekoloh Tanjung Keling ke Balik Pulo ke nih? Tu pasal lar hemah pun jadi khemah. Lidoh dah keras makan sireh banyak sangat yer?

Anonymous said...

dr roza, selamat menyambut lebaran to you and family.

-rafthah-

dith said...

Apalah aki Anjang dgn andak ni bising bertaki kuat ni. Sebenarnya saya tersilap type tertambah K. Minta maaflah. Dah jgn bertaki lagi, bulan baik ni. Ish baru saya beri nasihat supaya memberi komen dgn sopan, tak faham faham.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

I think that's the problem when it comes to writing.. people will often misinterpret you because they can't hear your tone, or basically, your emotions when you write.. Sure hope I never offended anyone with my comments!

dith said...

To all good fellow-bloggers, thank you all for the encouraging comments. Love you all! Muaaaahsss!

SELAMAT HARI RAYA!

Anonymous said...

Well, you never know what might touch another's nerves.

Just to be one the safe side, we should all write about bunny rabbits and perhaps tissue paper. Not much harm can be done there...or do unknown emotions lurk there too?

I don't know. Never been much of a fan of drama...

Anonymous said...

Tisuue paper hiyoshi ?? Boo..hu...hu...Just the thought of tissue paper yoshi...ALWAYS make me cry...!!!

Why do you have to bring THAT topic...hu...hu...hu.....

Now bring me another box of Kleenex !!


Bukit Tinggi 2008

Great Wall 2009

Followers

 

ReMiNiScEnCe....as the garden of memory grows arid... | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates